HomeUtamaSabah sambut baik penambahan penerbangan sewa khas dari China

Sabah sambut baik penambahan penerbangan sewa khas dari China

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Penambahan penerbangan sewa khas dari China ke Tawau bermula bulan depan merupakan berita baik dalam sektor pelancongan di negeri ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, pihaknya turut mengalu-alukan dan menyambut baik berhubung potensi penerbangan terus di Sabah.

“Saya difahamkan, syarikat Batik Air telah mengesahkan penerbangan sewa khas selama setahun dari China ke Tawau dari tiga bandar.  Selain itu, sebanyak tiga penerbangan mingguan dari Pudong bermula pada April, dan begitu juga, dari Chengdu mulai Julai. Bagi Shenzhen, terdapat tiga penerbangan sewa ke Tawau pada bulan Jun.

“Kami menjangkakan ledakan pelancongan di Tawau. Ia akan menjadi pengalaman yang membuka mata untuk pengunjung kali pertama kerana mereka menikmati keindahan alam semula jadi kami dan tarikan unik lain.

“Saya mendoakan percutian yang menyeronokkan mengembirakan buat pelancong yang akan tiba ke Sabah,” katanya.

Christina turut memberi penghargaan kepada Lembaga Pelancongan Sabah (STB) atas usaha berterusan dalam mempromosikan Sabah ke destinasi baharu di luar negara.

Pada Januari tahun ini, Tawau menerima penerbangan antarabangsa sulungnya oleh Firefly Airlines, menghubungkan Nanjing, China ke bandar pantai timur ini. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Malaysia rakam takziah, simpati pada Iran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular