HomeUtamaUmrah Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan “Kerohanian" – Dr zulkifili

Umrah Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan “Kerohanian” – Dr zulkifili

Read Time:1 Minute, 31 Second

CYBERJAYA — “Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah SWT, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu saja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta sebarang kandungan di media sosial,”

Itu kenyataan Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ekoran tularnya video pempengaruh media sosial terpaksa bersesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad

Katanya Jemaah haji dan umrah dinasihatkan untuk tidak berebut-rebut merakam video dan gambar mencium Hajar Aswad sekiranya ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai.

Tambahnya agak janggal apabila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan cara sedemikian yang disifatkan tidak kena pada masanya.

“Saya lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial.

“Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu katanya dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, tular video seorang pempengaruh media sosial yang terpaksa bersesak-sesak dan menarik kumpulan jemaah terdiri kakitangannya untuk mencium Hajar Aswad.

Rakaman video diambil kakitangannya itu turut memperlihatkan beberapa kakitangan wanita, termasuk isterinya hampir ‘lemas’ hingga sukar bernafas kerana terpaksa bertolak-tolak antara jemaah lelaki yang turut berebut.

Dr Zulkifli berkata, jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain atau membahayakan, hukum mencium Hajar Aswad adalah haram.

“Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari. 

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium Hajar Aswad juga adalah ibadah. Beza kedua-duanya adalah tawaf itu wajib dan mencium Hajar Aswad adalah sunat.

“Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium Hajar Aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Draf Kertas Kabinet Mengenai Pengasingan Kuasa AG Dijangka Siap Pertengahan Tahun...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular