HomeUtamaJawatankuasa Khas Bertindak perlu ditubuhkan bagi tangani penyalahgunaan dadah

Jawatankuasa Khas Bertindak perlu ditubuhkan bagi tangani penyalahgunaan dadah

Read Time:1 Minute, 23 Second

Keningau : Satu jawatankuasa khas bertindak perlu ditubuhkan yang bertujuan bagi memerangi aktiviti penyalahgunaan dadah khususnya di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib berkata, melalui jawatankuasa itu, mekanisma terbaik boleh dikenalpasti bagi menangani masalah dadah di Sabah, terutama sekali di kawasan luar bandar.

“Hasil dapatan daripada sesi taklimat bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), saya akan mencadangkan satu jawatankuasa khas bertindak bagi mencari mekanisma dalam usaha berterusan bagi memerangi najis dadah di negeri ini.

“Jawatankuasa itu akan dianggotai AADK, PEMADAM dan pemimpin akar umbi, termasuk agensi dan badan-badan NGO,” katanya ketika mengadakan lawatan ke pejabat AADK cawangan Keningau di sini baru-baru ini.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah turut diberi taklimat berkenaan fokus utama AADK khususnya di kawasan pedalaman atas.

Katanya, pihaknya juga telah membuat perbincangan terperinci mengenai tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi masalah penyalahgunaan dadah terutama sekali di kawasan luar bandar.

“Sebagai Menteri bertanggungjawab, ini merupakan salah satu tanggungjawab saya iaitu bagi mengatasi masalah penagihan dadah di kalangan masyarakat Sabah.

“Justeru, saya akan berbincang dengan Pengarah AADK dan Pengarah Pemadam bagaimana AJK ini dapat ditubuhkan bersama dengan masyarakat serta komuniti kampung,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, lawatannya pada kali ini bukan sahaja di kawasan Pedalaman Atas di Keningau, tetapi lawatan tersebut juga akan disambung lagi ke daerah-daerah lain seperti di Pantai Timur dan juga di kawasan Kota Kinabalu.

AADK merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), manakala di Sabah, agensi ini di bawah KPMKR.

Agensi tersebut menjadi agensi peneraju membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang meliputi Pendidikan Pencegahan, Penguatkuasaan Dan Keselamatan, Rawatan, Perubatan Dan Pemulihan dan juga Hubungan Antarabangsa. – SABAH MEDIA / FOTO KPMKR

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

RM7 juta disediakan untuk fasa pertama naiktaraf 38 Tamu Desa di...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular