HomeUtamaCatuan bekalan elektrik mungkin dilakukan

Catuan bekalan elektrik mungkin dilakukan

Read Time:1 Minute, 45 Second

Kota Kinabalu : Catuan bekalan tenaga elektrik mungkin akan dilakukan kepada pengguna di negeri ini sekiranya permintaan terus meningkat sehingga melebihi kapasiti ‘reserve margin’ khususnya ketika cuaca panas yang melanda pada ketika ini.

Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, permintaan terhadap tenaga elektrik pada ketika ini semakin meningkat iaitu pada paras bawah 12 peratus.

Katanya, keadaan itu boleh memberi tekanan terhadap kestabilan sistem grid.

“Untuk makluman, sejak sekian lama berada pada paras 12 peratus iaitu dari sebelum saya dilantik sebagai Pengerusi SESB, kini beberapa inisiatif sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan kita mempunyai 30 peratus reserve margin pada peghujung tahun 2024.

“Maksudnya, stok bekalan elektrik akan mencukupi selepas ini, dan catuan tidak akan berlaku lagi sekiranya wujud permintaan bekalan tinggi pada satu-satu masa,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Baru-baru ini Sabah Media melaporkan kerja-kerja kecemasan bagi membaiki dua buah menara talian 275 kilovolt (kV) yang terletak di Kampung Randagong dan Kampung Nabutan giat dilaksanakan bagi memastikan bekalan elektrik ke Pantai Timur Sabah tidak terjejas.

Kerja-kerja itu dilaksanakan selepas SESB mendapati terdapat mendapan dan pergerakan tanah yang aktif sekitar tapak menara talian penghantaran.

Keadaan itu telah menjejaskan kestabilan struktur utama menara berkenaan termasuk bengkok dan patah serta tidak selamat untuk terus digunakan.

Madius berkata, cadangan Projek Southern Link perlu disegerakan oleh pihak berkuasa dan sekiranya terdapat bencana alam seperti pergerakan tanah dan mendapan, pihaknya masih mempunyai talian ‘backup’.

Katanya, ‘backup’ itu adalah bertujuan bagi memberi laluan bekalan tenaga elektrik dari Pantai Barat ke Pantai Timur.

“Pasukan SESB telah mengambil tindakan pantas sebagai langkah pencegahan bagi mengawal kerosakan struktur utama menara dengan memasang “backstay” pada kedua-dua menara terbabit.

“Kini, SESB berada dalam proses memasang lapan buah menara pengalihan sementara / Emergency Restoration System (ERS) di tapak. Dalam hal ini SESB telah bekerjasama dengan pelbagai pihak khususnya Kerajaan Negeri, Tenaga Nasional Berhad dan Angkatan Tentera Malaysia dalam usaha menangani krisis akibat bencana alam ini.

“Manakala, kerja-kerja pembinaan menara penghantaran yang baru dijangka siap pada awal April dan juga pertengahan Jun tahun 2024 iaitu sekitar sebulan dan tiga bulan dari sekarang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

278 penduduk Kg Linapasan terima manfaat jambatan gantung baharu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular