HomeUtama33 pegawai teknikal lantikan COS terima watikah

33 pegawai teknikal lantikan COS terima watikah

Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Seramai 33 orang pegawai teknikal dari kalangan anak muda tempatan Sabah menerima watikah pelantikan secara Contract of Service (COS) di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Watikah pelantikan COS itu diserahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor kepada seramai 10 orang Jurutera Awam J41, 6 orang Penolong Jurutera Elektrik JA29 dan 17 orang Penolong Juruukur Bahan JA29 dalam satu majlis ringkas di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini hari ini.

Mereka yang dilantik secara berfasa itu akan ditempatkan dan berkhidmat di pejabat-pejabat daerah di negeri Sabah bagi pengukuhan unit teknikal dan memperkasa pejabat-pejabat daerah.

Seramai 53 orang pegawai teknikal menerima pelantikan COS pada Fasa Satu dan Kedua pelantikan itu tahun lalu, telah ditempatkan ke Pejabat Daerah seluruh Sabah yang diselaraskan bersama di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU JPM Sabah).

Dengan penempatan pegawai teknikal melalui pelantikan secara COS, akan dapat memastikan projek-projek infrastruktur rakyat dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan berdasarkan spesifikasi kerja yang ditetapkan.

Kerajaan menyasarkan melantik seramai 114 pegawai teknikal dan setakat ini 86 jawatan telah diisi.

Seorang jurutera dan dua penolong jurutera secara COS akan ditempatkan di setiap Pejabat Daerah bagi mempercepatkan pelaksanaan projek-projek rakyat.

Program ini dilaksanakan di seluruh negara berpandukan persetujuan Kerajaan Negeri dengan peruntukan emolumen yang akan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

Hadir sama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Kewangan Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular