HomeUtamaAnna Bell dilantik sebagai Senator Dewan Negara

Anna Bell dilantik sebagai Senator Dewan Negara

Read Time:1 Minute, 42 Second

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan Wanita, parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Annabell Perian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara yang baharu bagi penggal tiga tahun berkuat kuasa 5 Mac pada hari ini.

Berikutan pelantikan sebagai Senator itu, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang diberikan.

Yang Di-Pertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal bergambar kenangan bersama dengan Ahli Dewan Negara yang baharu Senator Anna Bell Perian (dua kanan) dengan Redonah Bahanda dan Senator Bobby Suan (kiri) di Bangunan Parlimen Dewan Negara Kuala Lumpur hari ini selepas Upacara Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara. – Foto ihsan Gagasan Rakyat.

Beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah,  Datuk Redonah Bahanda atas sokongan dalam mengesyorkan dan melantik beliau sebagai senator.

“Saya ingin melahirkan rasa syukur di atas peluang untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya dalam mengutarakan masalah serta membincangkan pelbagai isu yang dibawa di Dewan Negara.

“Saya akan menggunakan sepenuhnya pengalaman yang ada baik ketika bekerja untuk parti mahupun bekerja untuk rakyat agar suara rakyat khususnya isu-isu di Sabah dapat diketengahkan dengan lebih baik dan berkesan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Annabell, 45 tahun, yang merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda (Hubungan Industri & Perburuhan) dari Universiti Malaysia Sarawak turut melahirkan komitmen menegakkan prinsip demokrasi, tadbir urus yang baik dan kedaulatan undang-undang.

“Saya berjanji akan bekerja tanpa jemu ke arah kebaikan negara dan kesejahteraan semua rakyat Malaysia,” katanya yang juga Ketua Wanita GRS Sungai Sibuga.

Ahli-ahli yang akan mengangkat sumpah adalah Senator Datuk Bobbey Ah Fang Suan, pilihan semula DUN Sabah berkuatkuasa mulai 5 Januari 2024 hingga 4 Januari 2027, Senator Anna Bell @ Suzieana Perian, lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 5 Mac 2024 hingga 4 Mac 2027; dan Senator Pele Peter Tinggom, lantikan Yang di-Pertuan Agong berkuatkuasa mulai 5 Mac 2024 hingga 4 Mac 2027.

Turut hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Redonah Bahanda yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah.

RELATED ARTICLES
Utama

Bagaikan mimpi, penoreh getah kini jutawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular