HomeSukan80 peserta jayakan Kejohanan Golf PBBS

80 peserta jayakan Kejohanan Golf PBBS

Read Time:1 Minute, 41 Second

Kota Kinabalu : Seramai 80 peserta dari beberapa buah daerah di negeri ini menyertai Kejohanan Golf Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) 2024 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Kejohanan anjuran Biro Belia dan Sukan PBBS itu telah berlangsung di Nexus Golf Resort Karambunai Golf dan dirasmikan Timbalan Presiden PBBS Abdullah Okin bagi mewakili Presiden PBBS yang juga Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Pengerusi Biro Belia dan Sukan PBBS Azman Datuk Seri Lajim berkata, sebanyak empat kategori dipertandingkan pada kejohanan yang berlangsung selama sehari itu.

Antara kategori dipertandingkan termasuklah kategori senior; medal A; medal B dan medal C selain turut dipertandingkan kategori Novelties.

“Antara objektif kejohanan golf ini adalah bagi mengeratkan lagi talian silaturrahim dan semangat kesukanan dikalangan pemain -pemain dan ahli jawatankuasa PBBS.

“Selain itu, kejohanan ini juga adalah bagi membantu mengumpul dana untuk tabung PBBS, dimana dana ini akan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azman yang juga Naib Presiden PBBS berkata, pihaknya turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dalam kejohanan itu.

“Terima kasih kepada semua peserta yang turut serta dalam kejohanan ini dan saya bagi pihak penganjur ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan di sepanjang kejohanan golf ini berlangsung dan akan memperbaiki kelemahan dan kekurangan tersebut di masa masa yang akan datang.

“Selain itu pihak kita juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang-penyumbang yang terdiri daripada pejabat Ketua Menteri, syarikat berkaitan kerjaaan (GLC) dan individu-individu perseorangan yang menyumbang dari segi bentuk kewangan, cabutan tiket bertuah selain goodies serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan kejohanan ini,” katanya.

Terdahulu, turut serta dalam kejohanan itu termasuklah  Abdullah Okin, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporation Sdn Bhd, Datuk Harun Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Energy Corporation, Datuk Adzmir Abdul Rahman,Pengurus besar Perkasa Realty Sdn Bhd, Mat said Minting,  dan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Sabah, Mazlan Joe Manan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Sabah luluskan peruntukan RM12.24 juta naik taraf kemudahan Stadium Likas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular