HomeIsu tempatanPIBKS, PPD KK akan terus jalin kerjasama santuni pelajar dan guru

PIBKS, PPD KK akan terus jalin kerjasama santuni pelajar dan guru

Read Time:1 Minute, 11 Second

Kota Kinabalu : Penglibatan Ibu Bapa,Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah akan terus menjalin kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Kinabalu dalam melaksanakan pelbagai program khususnya bagi menyantuni pelajar dan guru.

Focal Person Kebangsaan PIBKS Sabah Mohammad Arif Tun Sakaran berkata, ia termasuklah memberi sumbangan kepada golongan memerlukan khususnya bagi menghadapi bulan Ramadan yang bakal tiba.

“Pada hari ini, kita turut melaksanakan pengagihan buah kurma kepada semua kakitangan di PPD Kota Kinabalu khususnya untuk kita sama-sama menyambut bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Selain itu, kita juga berhasrat untuk terus menjalin kerjasama dengan pihak PPD bagi menyantuni pelajar dan guru menerusi beberapa program yang akan dilaksanakan kemudian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan buah kurma kepada PPD Kota Kinabalu di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah PPD Kota Kinabalu Suhaimi Matshah.

Dalam pada itu, Suhaimi berkata, pihaknya turut merancang untuk mengadakan majlis berbuka puasa selain majlis hari raya yang akan turut melibatkan PIBKS dan PPD Kota Kinabalu.

“Selain itu, kita akan turut menyantuni guru-guru yang kurang sihat dan juga pelajar-pelajar istimewa.. Harapan kita sudah pasti agar Ramadan pada kali ini kita diberi kesihatan yang baik agar dapat sama-sama beribadah di bulan mulia.

“Semoga ibadah kita diterima dan saya juga turut mendoakan kesejahteraan semua dan terima kasih kepada yang menyumbang terutamanya kepada pihak PIBKS yang sentiasa menyokong program-program yang diadakan di PPD Kota Kinabalu,” katanya.- SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS usaha sebar luas pengetahuan berkaitan HIV AIDS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular