Oleh MUDA MUHAMMAD
Ada orang cakap, jangan sesekali kita masuk dalam bakul dan angkat diri sendiri. Takut nanti makan diri. Lebih baik kawan yang melihat kita, menilai dan memuji daripada kita memuji diri sendiri. Begitulah juga bila membuat kempen, sudahlah meniru kempen daripada negara luar, bertindak mahu orang “centric” pada diri dia sendiri pula. Ianya tidak patut sama sekali, tidak sesuai dengan budaya di sini.
Dalam pilihanraya kecil negeri Sabah pada tahun 2020, Ketua Menteri Sabah pada ketika itu, Shafie Apdal mengunakan poster gambarnya sendiri dengan tulisan “unity”. Mukanya sendiri (Shafie) digunakan sebagai “poster boy” dengan warna ala-ala poster Barrack Obama untuk kempen pada PRN Sabah pada ketika itu.
Shafie memberikan alasan mahu membina satu negara tanpa mengira bangsa dan agama. Antara ayat-ayat lain yang digunakan bersama dengan poster muka sendiri itu adalah “In God we trust, unite we must,”, “We are here to build a nation, not a particular race or religion,” bersama-sama dengan hashtag #SabahansUnite.
Berpadu demi maruah dakwa Shafie dalam poster itu. Maruah siapa yang hendak diminta berpadu itu? Maruah Shafie atau rakyat negeri Sabah? Kalau rakyat negeri Sabah kenapa tidak letak lambang lain selain muka sendiri?
Ketika kempen pada PRN lepas itu, Shafie dipertikaikan kenapa menggunakan slogan “Unity” sedangkan perkara tersebut sudah terzahir dan menjadi realiti di negeri Sabah. Logo muka sendiri itu dikatakan hanyalah sekadar helah Shafie untuk mengalih perhatian rakyat atas kegagalannya mentadbir ekonomi negeri dengan baik dan kegagalannya mengurus isu-isu kesihatan semasa pandemik COVID-19.
“If you watch closely, Warisan Plus rarely mentions their economic growth track record and their plans to develop Sabah in their campaign ceramahs,” kata Dato Seri Najib dalam satu ceramah ketika kempennya di Sabah pada ketika itu.
Poster diri sendiri itu akhirnya makan diri. Hakikatnya, di atas kertas undi, rakyat Sabah menolak Shafie dan parti Warisan. Rakyat Sabah memilih Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan negeri Sabah.
Pada 29 Mac 2021, telah dilancarkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 1.0 : 2021-2025), di semua premis kerajaan negeri , surat rasmi kerajaan negeri dan papan kenyataan adalah disarankan agar menghebahkan inisiatif “Sabah Maju Jaya” ini. Inisiatif ini adalah untuk semua rakyat negeri Sabah, ianya bukan inisiatif individu sebagaimana poster muka sendiri Shafie itu.
“Pada saya, mempersenda dan memperlekeh slogan Sabah Maju Jaya, samalah sifatnya seperti tidak menghormati, atau tidak menyayangi bahkan menghina negerinya sendiri,” kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor semalam ketika Majlis Amanat dan Perhimpunan Anggota Perkhidmatan Awam Negeri dan Persekutuan Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah.
Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Panglima Hajiji sekarang ini menikmati pencapaian yang lebih baik berbanding kerajaan muka sendiri (Shafie) dahulu. Setelah Hajiji mengambil alih menjadi Ketua Menteri Sabah, prestasi ekonomi Sabah merekodkan KDNK bernilai RM78.7 billion berbanding ketika di zaman Shafie. Sewaktu Shafie menjadi Ketua Menteri, ekonomi Sabah menyusut, negatif 7.8 peratus berbanding tahun 2019.
Rakyat Sabah harus bersatu hati dengan uniti yang sebenar-sebenarnya. Kerajaan Negeri yang ikhlas akan menggunakan logo jata negeri untuk menceritakan kejayaan dan apa yang telah dibuat untuk rakyat negeri Sabah. Sebaliknya mereka yang mahu kepentingan peribadi dan ada misi tersembunyi akan berlindung di sebalik poster muka sendiri.
Jangan dihina dan diperlekeh lambang negeri, ianya lambang jatidiri yang sebenar. Rakyat Sabah harus bersatu hati dengan uniti yang sebenar-sebenarnya.