HomeUtamaSESB terima dua kontena menara ERS dari TNB

SESB terima dua kontena menara ERS dari TNB

Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Usaha pemasangan Menara Pengalihan Sementara, dikenali sebagai Emergency Restoration System (ERS) di Ranau oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Sebagai tindak balas pantas terhadap keperluan mendesak untuk memindahkan talian penghantaran kepada menara ERS sejak 7 Februari lalu, Kerajaan Negeri Sabah telah memberi bantuan kecemasan dengan menggunakan perkhidmatan pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mengangkut lima kontena Menara ERS dari Selangor ke Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutif SESB, Ir Ts Mohd Yaakob Jaafar berkata, dua daripada lima kontena yang dihantar oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah tiba pada hari ini untuk digunakan SESB, sementara baki tiga kontena lagi dijadualkan tiba pada hari berikutnya.

Katanya, sebanyak lapan menara ERS akan dipasang oleh SESB bersama TNB dan kerja-kerja pengalihan dijangka akan siap dalam pertengahan bulan Mac ini.

“Sementara itu, kerja-kerja pembinaan menara penghantaran yang baru dijangka siap pada awal bulan April dan juga pertengahan bulan Jun tahun ini.

“SESB komited dan fokus untuk sentiasa memastikan bekalan elektrik di negeri ini kekal stabil demi keselesaan pengguna dan rakyat dan menyambut baik kerjasama daripada pelbagai pihak dalam membantu mengatasi masalah ini,” kata Mohd Yaakob dalam kenyataannya hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Bagaikan mimpi, penoreh getah kini jutawan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular