HomeLuar negaraSemua Saspek Rogol Pengembara Sepanyol berjaya Ditahan Polis India

Semua Saspek Rogol Pengembara Sepanyol berjaya Ditahan Polis India

Read Time:1 Minute, 22 Second

NEW DELHI – Polis India dilaporkan berjaya menahan kesemua 8 suspek yang  terbabit dalam kes rogol seorang vlogger pengembaraan Sepanyol yang sedang dalam jelajah motosikal bersama suaminya minggu lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, Polis di negeri timur Jharkhand telah menangkap lapan suspek selepas serangan kejam itu, yang berlaku di daerah Dumka, pada malam 1 Mac lalu.

Mereka berusia antara 18 hingga 25 tahun, kata polis pada Selasa.

Lelaki itu mengikat si suami dan bergilir-gilir merogol wanita terbabit selama kira-kira dua jam selepas pasangan itu memasang khemah untuk bermalam di kawasan Hansdiha, kira-kira 300 kilometer dari ibu negeri Ranchi.

“Mereka memukul kami dan merompak kami, walaupun tidak banyak perkara (diambil) kerana apa yang mereka mahu ialah merogol saya,” kata wanita itu yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Sepanyol dan Brazil berusia 28 tahun, dalam catatan Instagram.

“Mereka meletakkan pisau di leher saya dan memberitahu akan membunuh saya,” kata lelaki itu.

Pasangan itu berlepas ke Nepal pada Selasa dan dari sana, mereka merancang untuk terbang ke Sepanyol untuk bersama keluarga mereka.

Mereka merancang untuk meneruskan perjalanan kembara bermotosikal dunia selepas pulih sepenuhnya daripada pengalaman ngeri itu.

Pasangan itu mengembara ke lebih 60 negara, sebelum datang ke India.

Kedutaan Brazil berkata, ia berhubung dengan misi diplomatik Sepanyol untuk membantu mangsa.

Rogol beramai-ramai itu sekali lagi memberi tumpuan kepada keganasan seksual di India.

Secara purata, kira-kira 90 rogol setiap hari dan data dari Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menunjukkan Negeri Rajasthan, Uttar Pradesh dan Madhya Pradesh mencatatkan jumlah tertinggi kes rogol.

Banyak kes serangan seksual tidak dilaporkan kerana mangsa sering takut terhadap stigma sosial atau tindakan balas, dan kadar sabitan kes itu kekal rendah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiga rumah musnah terbakar, seorang mangsa melecur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya