HomeUtamaAhli masyarakat perlu berganding bahu, jalin kerjasama banteras gejala dadah

Ahli masyarakat perlu berganding bahu, jalin kerjasama banteras gejala dadah

Read Time:2 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Semua ahli masyarakat perlu berganding bahu dan menjalin kerjasama dalam membanteras gejala dadah yang merupakan musuh nombor satu negara, demi masa depan anak-anak muda, kesejahteraan masyarakat dan kemakmuran negara.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, komitmen dan penglibatan aktif semua pihak dalam menangani masalah penyalahgunaan dadah, substan dan pelencongan sosial amat dituntut dan penting bagi mencapai hasrat Kerajaan untuk merealisasikan Dadah Terkawal 2025.

Katanya, kejayaan untuk mencapai Dadah Terkawal 2025 memerlukan kerjasama dan kesepaduan gerak kerja daripada semua pihak khususnya Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri dan Daerah, pemimpin-pemimpin politik dan komuniti, ketua-ketua jabatan, Agensi Antidadah  Kebangsaan  (AADK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), komuniti setempat dan NGO.

“Pada tahun 2024, AADK telah menyediakan perancangan dan Key Performance Indicator (KPI) yang jelas dan realistik merangkumi semua bidang teras iaitu Program Rawatan dan Pemulihan, Pencegahan dan Penguatkuasaan.

“Ia adalah bagi memastikan hala tuju dan strategi utama dalam usaha pengurangan kadar penagih dadah sama ada penagih baru atau penagih berulang bagi mencapai Dadah Terkawal 2025 dapat dijayakan”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Negeri Sabah Bilangan 1, Tahun 2024 di pejabatnya di Menara Kinabalu  di sini hari ini.

Hajiji berkata, MTMD telah berjaya dilaksanakan di 28 buah daerah pada tahun 2023 termasuk pelantikan 28 Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah (JKPD) dan Sukarelawan Antidadah (SKUAD) Daerah yang menjadi penggerak komuniti dalam membantu AADK khususnya dalam Program Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) serta Program  Pencegahan dan Kesedaran Awam.

Beliau turut menegaskan bahawa kehadiran ke Mesyuarat MTMD adalah wajib dan Pengerusi MTMD Daerah perlu memastikan setiap ketua jabatan di peringkat daerah, hadir dalam setiap mesyuarat seperti dijadualkan.

“Ini merupakan cara dan kaedah kita untuk check and balance tindakan dan pelaksanaan setiap keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui bersama. Kejayaan untuk mencapai Dadah Terkawal 2025 memerlukan  kerjasama  dan  kesepaduan gerak kerja daripada semua pihak,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, tahun ini sebanyak dua kawasan perlu diberi fokus untuk dihijaukan dari penyalahgunaan dadah iaitu Merotai (Tawau) dan Tuarid Taud (Keningau) dengan Pegawai Daerah Keningau dan Presiden Majlis Perbandaran Tawau telah dilantik sebagai Penyelaras Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di peringkat daerah.

“Saya sangat berharap Pegawai Daerah selaku Pengerusi MTMD Daerah dapat bersama-sama merangka gerak kerja ke arah penghijauan kawasan masing-masing dan memberi penekanan secara serius ke atas usaha-usaha pengekalan pencapaian penghijauan KBT ini.

“Manakala dua kawasan yang lain iaitu Penampang (Kota Kinabalu) dan Balung (Tawau) proses  penghijauan  akan  dilakukan  pada  tahun  2025  agar  isu  penagihan  dan pelencongan sosial di negeri ini dapat dikawal,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular