HomeUtamaFunfair diarah tutup serta merta

Funfair diarah tutup serta merta

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: UK Funfair yang sedang berlangsung di Kompleks Sukan Likas diarah tutup serta merta berikutan dua orang pengunjung cedera parah selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan ‘sotong ride’ malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati, kejadian berlaku pada salah sebuah tempat duduk permainan jenis ‘Taistar’ (Sotong Ride).

“Kedua-dua mangsa tercampak keluar dari tempat duduk semasa permainan sotong ride itu berpusing dan jatuh sejauh 15 meter dari tempat permainan.

“Kedua-dua mangsa seterusnya dibawa menaiki ambulans ke Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mangsa seorang lelaki berumur 35 tahun warga Filipna mengalami kecederaan di bahagian kepala dan telah menjalani pembedahan.

“Manakala seorang mangsa wanita berumur 29 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan luka di bahagian sebelah kanan muka berhampiran mata kanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zaidi, funfair berkenaan telah beroperasi di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu bermula dari jam 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam setiap hari bermula 2 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024.

“Berikutan dengan kejadian itu, funfair tersebut telah diarahkan tutup serta merta supaya pihak penganjur memeriksa kembali tahap keselamatan semua jenis permainan yang dikendalikan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan (KK),” tegasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Isu Pelantikan TYT Sabah: KEADILAN Sabah seru hormati perlembagaan, henti sebar...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular