HomeUtamaShahelmey minta JANS tarik balik notis '10 hari gangguan bekalan air'

Shahelmey minta JANS tarik balik notis ’10 hari gangguan bekalan air’

Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diminta menarik balik notis yang dikeluarkan semalam berkenaan 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, notis tersebut didapati ada kekeliruan dan kurang jelas maksud yang disampaikan.

“Saya telah berbincang dengan pengarah Jabatan Air pada awal pagi tadi kerana saya mendapati notis tersebut kurang jelas
maksud yang disampaikan melalui notis tersebut mengelirukan dan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat.

“Malah media massa juga telah mengeluarkan berita-berita mengenai 10 hari gangguan bekalan air di kawasan sekitar daerah Kota Kinabalu.

“Saya semak dengan CEO Jetama pada pagi tadi bahawa kerja-kerja penyelenggaraan mesti dibuat, sekiranya tidak dibuat ia akan menyebabkan gangguan bekalan air lebih kritikal pada masa akan datang.

“Oleh yang demikian disebabkan kerja penyelenggaraan tersebut pengurangan air di Loji Rawatan Air Moyog hanya berkurang sebanyak 2 megaliter air sehari (MLD) daripada 189 turun kepada 187 mld, namun demikian Jetama komited untuk menambah kehilangan 2 mld daripada Moyog diganti dengan Loji Rawatan Air Kasigui yang sekarang beroperasi pada 53 mld boleh menambah 2 mld menjadikan 55 mld.

“Jadi notis gangguan bekalan air selama 10 hari tu adalah tafsiran yang salah.

“Justeru, saya mohon maaf dan minta Jabatan Air tarik balik notis yang agak mengelirukan itu,” katanya pada sidang media selepas membuat tinjauan di Loji Rawatan Air Limbahau, Papar hari ini.

RELATED ARTICLES
Utama

Sistem air minuman secara mudah alih, berkuasa solar berjaya dibangunkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular