HomeIsu tempatanDapur HEP bantu pelajar B40

Dapur HEP bantu pelajar B40

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu: Pelaksanaan Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah mampu membantu golongan pelajar khususnya daripada keluarga B40.

Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah Profesor Madya Dr. Rozita @ Uji Mohammed berkata, Dapur HEP tersebut dapat membantu para pelajar kampus berkenaan yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Yayasan Nur Jauhar (YNJ) dalam membasmi kemiskinan ataupun membantu pelajar B40 di UiTM Cawangan Sabah kerana kalau kita lihat para pelajar di sini 100 peratus adalah bumiputera dan 70 peratus daripadanya adalah dalam kalangan B40.

“Apa yang kami cuba sampaikan ialah bagaimana YNJ dapat membantu dari aspek Dapur Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang telah dilancarkan oleh UiTM Sabah yang sudah setahun lebih di mana ia menjadi projek ikonik bagi seluruh institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia yang menjadi penanda aras,” katanya.

Katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Dalam pada itu, Rozita turut menjelaskan UiTM turut melancarkan satu projek untuk memberikan peluang pekerjaan semasa para pelajar belajar di UiTM iaitu melalui projek perniagaan My Social Enterprise Town (MySet) dan My Edu-Tourism Recreational Park (MyETR PARK).

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan Penasihat Eksekutif Pertubuhan Prihatin Sejahtera Sabah (Prihatin-S), Datuk Ahmad Lakim serta rombongan.

Ahmad menjelaskan kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi maklum fungsi dan objektif pertubuhan Prihatin-S tersebut.

“Pertubuhan Prihatin ini adalah untuk menyantuni lima kumpulan sasaran kami iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), orang kurang mampu, remaja terbiar dan yatim piatu.

“Lima komuniti tersebut menjadi sasaran kami dan pertubuhan kami merentasi fahaman agama serta tidak terlibat dengan parti politik dan bebas untuk menjadi ahli.

“Prihatin-S ditubuhkan pada november lepas dan setakat ini, hanya 10 orang termasuk majlis tertinggi selepas ini akan dibuka keahlian kepada orang ramai yang berumur 18 dan keatas dan borang keahlian adalah secara online kepada mereka yang menetap di Sabah,” katanya.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

48 murid SK Sembulan sertai Program Khatan beramai-ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular