HomeUtamaKerajaan ambil berat keperluan dihadapi nelayan, penternak dan peladang

Kerajaan ambil berat keperluan dihadapi nelayan, penternak dan peladang

Read Time:1 Minute, 36 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan sentiasa mengambil berat mengenai keperluan dan cabaran yang dihadapi para nelayan termasuk penternak, peladang dan semua yang menyumbang kepada agro makanan negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dtauk Arthur Joseph Kurup berkata, kajian  bagi menilai semula jumlah bantuan yang disalurkan akan dibuat setiap tahun berdasarkan perkembangan ekonomi dan sebagainya.

“Bantuan kita beri bukan saja dalam bentuk elaun sara hidup tetapi ada juga bantuan dari segi peralatan dan pelbagai program yang boleh membantu meningkatkan hasil pendapatan mereka.

“Ini termasuklah melalui teknologi baru, kaedah baru dan sebagainya.  Itu pun secara langsung akan meningkatan lagi pendapatan mereka supaya mereka boleh maju dan tidak ada masalah untuk menghadapi segala kos dan cabaran hidup yang dihadapi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Rahmah Mesra Madani Bersama nelayan di bawah Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu di sini hari ini.

Pada majlis itu, Arthur turut menyampaikan secara simbolik tiga jenis bantuan antaranya Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN); Skim Tabung Bantuan Bencana Alam Dan Kebajikan Nelayan (TBAKN) dan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan.

Arthur berkata, bantuan ESHN adalah bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, seramai 506 nelayan khususnya nelayan dibawah seliaan PNK Kota Kinabalu mendapat elaun sara hidup secara tunai dengan nilai RM151,800 dan setiap mereka akan mendapat RM300 seorang.

“Bagi bantuan TBAKN ianya adalah bertujuan bagi memberi bantuan segera yang bersesuaian kepada nelayan yang terlibat dalam kemalangan atau bencana alam yang melibatkan      kemusnahan / kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa bagi meringankan beban mangsa dan juga keluarga.

“Kita juga turut menyalurkan Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan dimana pada tahun ini, sejumlah RM450,000 diperuntukkan untuk bantuan peralatan penangkapan ikan bagi nelayan di Sabah,” katanya.

Katanya, semua insentif yang disampaikan itu membuktikan bahawa Kerajaan Perpaduan amat komited dalam membantu rakyat khususnya masyarakat  nelayan dengan  fokus utamanya kepada meringankan beban kos sara hidup. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Komuniti Madani diseru manfaatkan aplikasi ‘PriceCatcher’, ‘Speedtest’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular