HomeUtamaKerajaan negeri sambut baik inisiatif KTYS laksana program khusus bidang pengurusan air

Kerajaan negeri sambut baik inisiatif KTYS laksana program khusus bidang pengurusan air

Read Time:2 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyambut baik inisiatif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) untuk sentiasa membangunkan program dan kursus baharu terutama sekali dalam bidang-bidang yang khusus seperti pengurusan air.

Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Pertanian, Perikanan Dan Industri Makanan Sabah Dr. Jeffrey G. Kitingan berkata, masalah pengurusan air di Negeri Sabah bukan sahaja berpunca daripada infrastrukur yang perlu dibina dan dinaik taraf, tetapi juga daripada soal kecekapan bahagian sumber manusia yang perlu ditingkatkan.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kolej Teknologi Yayasan Sabah, Jabatan Air Negeri Sabah & PBA Resources Sdn. Bhd. di sini, hari ini.

Jeffrey yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, MoU yang ditandatangani ini memperlihatkan komitmen dan kesungguhan KTYS dalam menyumbang kepada peningkatan kualiti ilmu dan kemahiran para pekerja Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) yang menjadi tunggak kepada kualiti sumber manusia atau modal insan di Sabah.

“Ia sangat tepat dengan keperluan negeri ini yang masih di belenggu masalah pengurusan air.

“Kolaborasi bersama JANS ini menjadikan KTYS Kolej yang pertama di Sabah melaksanakan program dengan pengkhususan ini.

“Pemilihan untuk bekerjasama dengan pihak Perbadanan Bekalan Air (PBA) Pulau Pinang pula membuka peluang KTYS dan JANS untuk berkongsi pengalaman dan juga belajar serba sedikit daripada kejayaan PBA dalam pengurusan bekalan air di Pulau Pinang yang tidak mempunyai banyak sungai dan perlu bergantung kepada Sungai Muda Kedah untuk sumber air mentah tetapi masih mampu untuk mengurus bekalan air di Pulau Pinang dengan lebih baik. Inilah yang perlu kita pelajari dan contohi di Sabah yang mempunyai banyak sungai,” katanya.

Menurutnya, JANS akan memberi komitmen yang tinggi dalam membantu untuk menjayakan program kursus ini dengan menyediakan loji-loji dan empangan yang sedia ada sebagai lokasi untuk menjalankan sebarang latihan praktikal mahupun amali untuk para peserta program yang akan dijalankan nanti.

“Satu lagi yang menarik dalam program yang bakal di jalankan ini ialah para pesara atau bakal pesara daripada JANS akan di beri peluang untuk mengikuti program di mana ia akan membantu mereka terutama sekali dalam penjanaan pendapatan tambahan selain daripada pencen untuk perbelanjaan hidup dan simpanan persaraan mereka.

“Komitmen dan kesediaan Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri untuk membantu dalam memberi bantuan pembiayaan pengajian akan membantu para peserta dan juga menggerakkan lagi program ini.

“Inilah bukti komitmen tinggi kerajaan negeri untuk meningkatkan ilmu, tahap kemahiran dan kecekapan para kakitangan kerajaan negeri,” ujarnya.

Jeffrey turut mengalu-alukan usaha-usaha dibuat oleh KTYS untuk membangunkan kursus baru dalam bidang petroleum atau minyak dan gas untuk melatihkan modal insan Sabah menceburi khasnya dalam bidang Petroleum “Upstream”.

“Langkah ini amat diperlukan memandangkan sabah menghasilkan lebih kurang 60 peratus daripada minyak mentah malaysia yang bernilai RM35 hingga RM40 Billion setiap tahun.

“Kerajaan Sabah dan saya mengalu-alukan dan akan menyokong segala usaha untuk membangun modal insan Sabah khasnya dalam industri-industri strategik yang boleh memajukan Sabah,” katanya.

Hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Kkys Sdn. Bhd. Datuk Tah Nia Jaman, Pengarah PBA Resources Sdn Bhd, Ir. Pathmanathan K., Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Suhaimi Asbullah, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd, Datuk Jasnih Daya dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Gulamhaidar Khan Bahadar.

RELATED ARTICLES
PendapatUtama

Memahami Bidang Kuasa TYT Sabah & Mengapa Tun Musa Aman Dilantik?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular