HomeUtamaMekanik dijatuhkan hukuman mati, edar hampir 200kg syabu

Mekanik dijatuhkan hukuman mati, edar hampir 200kg syabu

Read Time:1 Minute, 10 Second

TAWAU: Seorang mekanik dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Tawau hari ini, atas kesalahan mengedar dadah jenis syabu hampir 200 kilogram pada tahun 2021.

Menurut fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Kampung Batu Payung dalam daerah Tawau, pada 6 September 2021, jam 7.30 malam.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dihukum tidak kurang daripada 15 sebatan.

Hakim Datuk Dr Lim Hock Leng menetapkan keputusan itu terhadap tertuduh Tai Chee Khiong, 51, bahawa tertuduh mempunyai pengetahuan dan milikan secara langsung terhadap dadah seberat 199,950.01 gram dan mensabitkannya dengan pertuduhan.

Lim berkata, jika mengambil kira berat dadah bagi semua kes mahkamah di Tawau untuk tempoh tiga tahun, ia tidak menyamai jumlah tangkapan dadah membabitkan kes tertuduh.

Bagaimanapun jelasnya, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang penyesalan atas kesalahan yang dilakukan dan hanya mendiamkan diri apabila diberi peluang bercakap di Mahkamah sebelum hukuman dibacakan.

Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan dalam hujahnya hanya menyentuh mengenai kesalahan pertama tertuduh tanpa menyatakan apa-apa mengenai kekesalan anak guamnya.

Sepanjang prosiding perbicaraan, pihak pendakwaan telah mengemukakan lima orang saksi manakala seorang saksi bagi pihak pembelaan iaitu tertuduh sendiri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain bersama Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Suriana manakala tertuduh diwakili peguam Darmin Achok.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi 40 peratus, pertahankan hak perlembagaan Negeri Sabah – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular