HomeIsu tempatanMajlis bersama pemimpin, wadah rapatkan silaturahim bersama penjawat awam

Majlis bersama pemimpin, wadah rapatkan silaturahim bersama penjawat awam

Read Time:1 Minute, 24 Second

Lahad Datu :  Majlis Makan Malam Bersama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menjadi wadah merapatkan silaturahim penjawat awam dengan pemimpin.

Pegawai Daerah Firuz Idzualdeen @ Benetty Mohd Dzul berkata, majlis santai yang dihadiri kira-kira 1,000 orang itu bertujuan untuk menghargai usaha para penjawat awam negeri dan persekutuan dalam menjayakan lawatan rasmi Tun Juhar ke daerah tersebut.

“Majlis santai ini menjadi wadah para pegawai kerajaan negeri dan persekutuan untuk beramah mesra dan merapatkan silaturahim dengan para pemimpin bersempena lawatan rasmi Tuan Yang Terutama ke daerah Lahad Datu.

“Kita sudah buat yang terbaik dan semua kakitangan awam telah memberi kerjasama sepenuhnya dan saya amat berpuas hati, terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya.

Majlis yang diadakan di Dewan Seri Perdana itu dihoskan Pejabat Daerah Lahad Datu dan diserikan lagi dengan kehadiran Isteri Tun Juhar, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.

Antara yang menarik, persembahan Firuz dengan lagu, “Nyanyian Serambi” manakala, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib pula membawakan lagu “Sayang Kinabalu” diikuti  Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia, Datuk Yusof Apdal dengan “My Way”.

Terdahulu, para tetamu dihiburkan oleh sign song oleh lapan orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang menyampaikan bahasa isyarat mengikut lirik lagu “Namun Ku Punya Hati” nyanyian Revolvers.

Menutup majlis, Tun Juhar mendendangkan rangkaian lagu antaranya “One Night”, “Angin Malam”, “Quando Quando Quando” dan “Kabus Di Wajahmu” dengan iringan muzik oleh Kombo Polis Diraja Malaysia Kontinjen Sabah.

Turut hadir, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar,  Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah, Jais Asri.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular