HomeUtamaTiga hala tuju pastikan pengurusan dana awam diurus dengan baik

Tiga hala tuju pastikan pengurusan dana awam diurus dengan baik

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu: Kluster Tatakelola dan Antirasuah memberi fokus utama kepada tiga hala tuju bagi memastikan pengurusan dana awam dapat diuruskan dengan baik.  

Setiausaha Persekutuan Sabah (SUP), Datuk Makhzan Mahyuddin berkata, ia termasuklah dana awam, peruntukan khas kerajaan serta penguatkuasaan dan perolehan dalam mencegah ketirisan dana kerajaan. 

“Kluster ini merupakan kerjasama antara pejabat SUP bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah dalam memberi pendedahan kepada penjawat awam persekutuan agar dapat melaksanakan tugas berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

“Sebagai penjawat awam, budaya berintegriti dan menolak rasuah perlu menjadi amalan bagi meningkatkan kepercayaan orang awam terhadap sistem penyampaian perkhidmatan pentadbiran persekutuan di Sabah khususnya terutama jabatan ataupun agensi yang berisiko tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Perhubungan Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Badan Berkanun Persekutuan Negeri Sabah bilangan 1/2024 di sini. 

Makhzan berkata, kluster tersebut akan mengukuhkan lagi kerjasama antara jabatan dan badan berkanun persekutuan melalui perkongsian cadangan penambahbaikan dalam memastikan pelaksanaan program lebih berstruktur serta mengikut hala tuju yang ditetapkan.  

“Pelbagai program akan diadakan dalam memberi pendedahan kepada penjawat awam persekutuan agar dapat melaksanakan tugas mengikut peraturan yang ditetapkan dan akan menjauhi rasuah,” katanya

Makhzan berharap kerjasama yang erat antara jabatan dan agensi termasuklah badan berkanun adalah penting dalam menjayakan apa jua hasrat yang telah diberikan oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

“Saya yakin bahawa pertemuan ini akan menjadi platform yang baik untuk berkongsi informasi dan mengukuhkan kerjasama serta meningkatkan sinergi di antara jabatan-jabatan dan badan-badan berkanun Persekutuan,” katanya.

Sebanyak 156 jabatan persekutuan dan badan berkanun persekutuan di Sabah hadir pada mesyuarat berkenaan bagi mendengar amanat yang disampaikan SUP Sabah serta berkongsi informasi, perkhidmatan serta program baharu dari sembilan agensi.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular