HomeUtamaGRS berjaya bawa pelbagai pembangunan, pelaburan

GRS berjaya bawa pelbagai pembangunan, pelaburan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan Sabah dibawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya membawa pelbagai pembangunan dan pelaburan termasuk peluang pekerjaan kepada anak-anak Sabah khususnya mereka yang berada dalam golongan B40.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beberapa taman perindustrian di negeri ini juga telah penuh berikutan keyakinan pelabur untuk terus melabur di negeri ini.

“Dalam tempoh dua tahun kerajaan GRS memerintah, kemasukan pelaburan ke Sabah sudah berjaya memenuhkan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sabah (SOGIP), manakala Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) pula hampir penuh.

“Pencapaian itu adalah disebabkan keyakinan pelabur kepada Kerajaan sekarang dan atas sebab itu juga Kerajaan negeri merancang untuk membuka taman perindustrian baru di antara Kota Belud dengan Kota Marudu atau Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 2024 di Alamesra, di sini hari ini.

Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, semua pelaburan dan pembangunan yang dibawa ke negeri ini adalah untuk rakyat termasuk memberi peluang pekerjaan.

“Beribu kerja kita dapat wujudkan menerusi kemasukan pelabur ini. Ini yang kita buat, bukan jaja cerita politik.

“Sekarang lagi mahu dekat pilihan raya, semuahentam macam mereka adalah malaikat, saya dihentam siang malam,” katanya.

Beliau turut mengakui banyak masalah seperti isu air yang perlu diatasi namun menegaskan isu yang diwarisi daripada kerajaan lalu itu akan dapat diselesaikan menerusi kesungguhan kerajaan negeri pimpinannya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mahkamah Rayuan Terima Pemohonan Pendakwaan, Bung Moktar dan Isteri Diarah Bela...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular