HomeUtamaSesi libat urus agensi kerajaan beri pendedahan, maklumat tepat kepada pemimpin akar...

Sesi libat urus agensi kerajaan beri pendedahan, maklumat tepat kepada pemimpin akar umbi

Read Time:54 Second

Kota Kinabalu : Penganjuran Program Libat Urus Sabah Maju Jaya (SMJ) bersama agensi Kerajaan mampu memberi pendedahan dan maklumat khususnya kepada pemimpin masyarakat diakar umbi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, pemimpin akar umbi juga berupaya untuk menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan dalam memajukan serta membawa pembangunan kepada suatu kawasan.

“Melalui penerangan yang lebih jelas dan terperinci menerusi program seumpama ini, pemimpin akar umbi khususnya Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Pembangunan Bandar (JKDB) dapat memperoleh maklumat terkini bagi membawa pembangunan di kawasan masing-masing.

“Selain itu, banyak kemudahan dan peluang yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan yang boleh direbut oleh pengerusi JKKK dan JKDB untuk kepentingan penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pada program libat urus SMJ bersama agensi Kerajaan dan penyampaian watikah JKKK dan JKDB Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut  turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat pada sesi itu selain mahu program seumpama itu diteruskan pada masa akan datang. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular