HomeUtamaJawatankuasa masjid, surau diminta maklumkan jika ada masalah air

Jawatankuasa masjid, surau diminta maklumkan jika ada masalah air

Read Time:1 Minute, 3 Second

Putatan : Semua pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau dinasihatkan agar sentiasa memastikan tangki simpanan bekalan air sentiasa mencukupi sepanjang bulan Ramadan ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata langkah itu penting bagi memenuhi keperluan jemaah yang biasanya akan bertambah pada bulan tersebut.

“Jemaah yang hadir ke masjid dan surau pada bulan Ramadan kebiasaannya akan bertambah bagi menunaikan solat tarawih dan jumlah penggunaan air semestinya akan meningkat.

“Oleh itu, sekiranya paras air di tangki masing-masing berada di dalam keadaan yang rendah bolehlah memaklumkan kepada pejabat daerah dan juga pejabat-pejabat pemimpin pembangunan masyarakat bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Persediaan Ihya Ramadhan Parlimen Putatan, di sini semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Petagas Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, penduduk juga dinasihatkan untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan air seharian.

Katanya, pihak kerajaan juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan bekalan air dalam keadaan mencukupi dari masa ke semasa.

Dalam pada itu, Shahelmey berkesempatan menyampaikan bantuan persediaan raya berupa bekalan kurma dan sumbangan wang tunai kepada 45 buah masjid dan surau di sekitar Parlimen Putan.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan bagi membantu meringankan kos pengurusan dalam menganjurkan aktiviti berbuka puasa serta moreh sepanjang Ramadan ini.

RELATED ARTICLES
Utama

2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular