HomeUtamaParti Amanah harap dapat bertanding di PRN Sabah

Parti Amanah harap dapat bertanding di PRN Sabah

Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Parti Amanah Negara (Amanah) berharap akan dapat meletakkan calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Bagaimanapun presidennya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, itu bergantung atas perundingan parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Itu bergantung pada perundingan di antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan tapi kita harap Amanah boleh bertanding tapi itu bergantung pada perundingan.

“Kita bertanding atas pakatan, mana-mana parti ini kalau bertanding ada harapan cuma nak mendapatkan kerusi itu mestilah melalui perundingan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan perasmian Ekspo Makanan Antarabangsa Sabah (SIFEX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Sabtu.

Dalam ekspo itu, Mohamad Sabu yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, bekalan makanan seperti telur, ayam dan daging adalah mencukupi menjelang perayaan Hari Raya Aidifitri nanti.

“InshaAllah mencukupi, kita bekerjasama dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara hidup (KPDN), memastikan bekalan akan sentiasa ada di pasaran.

“Walaupun bekalan telur di Sabah masih kita import dan kita harap penternak tempatan juga akan melipatgandakan bekalan sebab telur ini Malaysia pernah eksport, sekarang ini kita sampai ke peringkat mencukupi dan stabil, mengenai bekalan ayam dan daging, Alhamdulillah, sudah sampai ke peringkat stabil.

“Sekiranya tidak mencukupi, kita ada persefahaman dengan luar negara, kita import dari China, Thailand dan sebagainya,” jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

Sentiasa peka dengan perubahan cuaca

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular