HomePolitikHajiji tempelak Shafie jaja cerita bohong

Hajiji tempelak Shafie jaja cerita bohong

Read Time:2 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Pemimpin Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ditempelak kerana menjaja cerita didakwa menjaja cerita politik bohong dengan tujuan bagi merendahkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) PH Plus yang mentadbir Sabah pada ketika ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Shafie hanya pandai menyebar cerita yang bukan-bukan dan menabur fitnah tanpa menilai apa yang sudah dilakukan GRS-PH Plus sehingga kini.

Katanya, tuduhan Shafie yang mengatakan kerajaan GRS gagal adalah tidak berasas, sebaliknya kerajaan pimpinan Presiden Warisan itu selama dua tahun setengah sebelum ini yang gagal menampakkan perubahan ketara untuk rakyat.

“Banyak perubahan yang kita laksanakan. Saya ingin menyatakan bahawa kita (GRS) berjaya sebagai sebuah kerajaan kerana kita banyak buat program untuk rakyat dan pembangunannya.

“Yang gagal adalah Warisan, Shafie Apdal, dia cakap kerajaan (GRS) gagal. Kita mahu tanya Shafie apa Warisan buat dua tahun setengah memerintah Sabah sebelum ini? Tapi, berucap sana sini, beliau cakap bahawa kerajaan ini gagal..gagal apa? Yang gagal ialah Shafie dan Warisan. Saya tidak nampak apa dia buat dua tahun setengah di Sabah.

“Kerana itulah Warisan dan Shafie ditolak rakyat, kita tidak boleh kelentong atau cakap kosong. Cakap kerajaan GRS gagal, apa gagalnya? Yang gagal ialah Shafie dan Warisan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Karnival Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) 2024 di sini hari ini.

Hadir sama, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd. Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda dan Ketua Beliawanis Negeri, Emmie M. Idang.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata, berbohong dan menjaja cerita yang bukan- bukan dan membuat fitnah adalah tabiat pemimpin Warisan terutama Shafie.

“Saya bercakap ini kerana saya nampak, kalau tidak gagal tentu mereka terus menjadi kerajaan tapi mereka tidak jadi kerajaan. Dulupun menjadi Ketua Menteri dan kerajaan bukan kerana mendapat mandat rakyat. Dia bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) pun tidak mendapat mandat rakyat, jadi apa yang Shafie jaja di Sabah selama ini dan bercakap macam-macam, itu semua bohong.

“Kita mesti bercakap benar kepada rakyat, saya percaya rakyat Sabah pandai menilai, kita tidak sanggup pemimpin begini memerintah Sabah sekali lagi.

“Dia (Shafie) kata kalau pegang kerajaan mahu buat itu ini, ubah perlembagaan. Ini tidak tahu cerita macam dia saja yang pandai, orang lain tidak pandai. Dia hanya pandai merendahkan orang lain dan bercakap di mana-mana, termasuk pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina”, katanya.

Hajiji mengakui, beliau tidak pandai bercakap seperti Shafie, selain tidak suka terlalu berpolitik, namun menegaskan beliau ikhlas dalam perjuangan untuk rakyat dan negeri Sabah.

“Saya nampak di media sosial menuduh kerajaan GRS gagal, tapi saya yakin rakyat kita tahu keadaan dan mereka pandai menilai. Yang cakap ini pemimpin Warisan, memang begitu dari dulu putar belit,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya