HomeUtamaCuaca Panas : Nabawan, Tawau berada pada tahap berjaga-jaga

Cuaca Panas : Nabawan, Tawau berada pada tahap berjaga-jaga

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Dua daerah di Sabah menjadi antara kawasan terbaharu di negeri ini yang dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, dua daerah itu adalah Nabawan dan Tawau.

MetMalaysia memaklumkan rekod bacaan suhu maksimum itu telah dikemaskini pada jam 4.30 petang tadi.

“Berdasarkan kemas kini status cuaca panas di seluruh negara setakat jam 4.30 petang tadi, terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga).

“Antara daerah terlibat Nabawan dan Tawau selain dua lagi kawasan di Semenanjung turut merekodkan berada pada tahap sama iaitu di Kota Setar dan Pokok Sena di Kedah,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, tahap berjaga-jaga iaitu suhu maksimum harian boleh mencecah antara 35 hingga 37 darjah celcius dan berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut. 

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular