HomeUtamaJBPM mulakan operasi pemadaman kebakaran terbuka guna kaedah 'water bomby'

JBPM mulakan operasi pemadaman kebakaran terbuka guna kaedah ‘water bomby’

Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memulakan operasi pemadaman kebakaran terbuka dengan bantuan udara menggunakan pesawat helicopter Mi17 bermula hari ini.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, pesawat yang berpangkalan di Miri Sarawak itu akan menggunakan kaedah water bomby bagi mengawal api kebakaran di kawasan terbuka yang luas.

Katanya,, JBPM mendapati bahawa rekod kes kebakaran terbuka di negeri ini telah menunjukkan lonjakan angka bagi kes yang begitu ketara.

“Semalam kita merekodkan suhu yang paling panas 38 darjah celcius di Kota Kinabalu dan berikutan itu kes kebakaran terbuka dan api tanah gambut turut melonjak. 

“Secara keseluruhan, JBPM Sabah telah mengenal pasti 114 kawasan hot spot dimana berlaku pengulangan kebakaran terbuka di lokasi sama dengan melibatkan pemantauan sebantak 27,815.39 hektar di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurkan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Perkhidmatan Terpuji Tahun 2023, di Dewan Serbaguna JBPM Sabah, Jalan Lintas, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JBPM Sabah, Abdul Razak Muda.

Nor Hisham berkata, sehingga semalam sebanyak tujuh lokasi sedang berlaku kebakaran terbuka disekitar Kota Kinabalu, Tuaran dan Daerah Kota Belud.

Katanya, insiden kebakaran terbuka itu melibatkan di kawasan bukit Pulau Gaya yang dianggar seluar tiga ekar; kebakaran hutan UUC Telipok (tujuh ekar), Kampung Simpangan Tuaran (empat ekar), Jalan Layar Impian Tuaran (lima ekar), Jalan Dungang Tambalang (empat ekar), Kg Kimo Kimo Kota Belud (21 ekar) dan Kg Liang Kota Belud (Anggaran 30 ekar). – SABAH MEDIA / FOTO JBPM SABAH

RELATED ARTICLES
EkonomiUtama

Capital A Hantar Pelan Pemulihan kepada Bursa Malaysia untuk Keluar dari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular