HomeEkonomiJualan Agro Madani catat nilai jualan RM93.7 juta

Jualan Agro Madani catat nilai jualan RM93.7 juta

Read Time:1 Minute, 55 Second

Sook : Sebanyak 5,608 Jualan Agro Madani di seluruh negara berjaya dilaksanakan sepanjang tahun lalu dengan nilai jualan sebanyak RM93.7 juta.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, program jualan itu berjaya mencatatkan seramai 2.9 juta pengunjung dengan penglibatan seramai 74,800 usahawan.

“Daripada jumlah itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah telah menganjurkan sebanyak 367 Jualan Agro Madani di Sabah dengan mencatatkan nilai jualan keseluruhan sebanyak RM5.2 juta dan melibatkan seramai 3,990 orang usahawan.

“Pada tahun ini pula sehingga 3 Mac lalu, prpgram jualan ini telah dilaksanakan di 1,227 lokasi di seluruh negara, melibatkan kira-kira 16,242 usahawan tempatan serta membawa nilai penjimatan kira-kira RM7.87 juta kepada pelanggan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Jualan Agromadani Mega Sook di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bin Bahri; dan Pengarah FAMA Sabah, Sarman Sidno

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kementeriannya melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa komited dalam merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menangani isu kos sara hidup rakyat.

Katanya, ini termasuklah langkah penganjuran sulung Jualan Agro Madani Mega ke kawasan pendalaman Sabah.

“Usaha ini adalah selaras dengan peranan Kementerian selaku penggerak utama dalam memastikan bekalan makanan  sentiasa mencukupi dan tersedia buat seluruh rakyat.

“Sebagai pemimpin dari pedalaman, saya komited untuk memastikan masyarakat di kawasan pedalaman baik masyarakat umum mahupun para usahawan tidak ketinggalan daripada menerima manfaat daripada pelbagai inisiatif yang ditawarkan oleh pihak kementerian,” katanya.

Pelaksanaan Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook itu merupakan program jualan Agro Madani yang julung kalinya dilaksanakan dengan skala besar dan berjaya menarik penglibatan lebih 100 penjual serta sejumlah lebih kurang produk 135 SKU (Stock Keeping Unit) pelbagai jenis produk agromakanan keluaran tempatan negeri Sabah.

Karnival Jualan Agro Madani Mega Sook mewujudkan platform kepada petani dan usahawan untuk memasarkan produk keluaran mereka secara terus dan secara tidak langsung dapat menawarkan harga sekitar 10 hingga 30 peratus lebih murah dari harga pasaran kepada rakyat kerana tidak melibatkan orang tengah.

Sementara itu, Arthur berkata, dengan tawaran harga yang lebih murah dan kepelbagaian produk, pihaknya menjangkakan Karnival Juala Agro Madani Mega Sook itu akan dapat merekodkan hasil jualan sebanyak RM250,000 dan menarik seramai 5,000 orang pengunjung di sepanjang penganjuran selama dua hari. – SABAH MEDIA / FOTO KPKM

RELATED ARTICLES
Utama

SSMJ kerjasama dengan agensi Kerajaan pastikan miskin tegar di Sabah dinoktahkan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular