HomeIsu tempatanMUIS beri kegembiraan kepada ibu bapa sedia barang keperluan sekolah

MUIS beri kegembiraan kepada ibu bapa sedia barang keperluan sekolah

Read Time:1 Minute, 39 Second

Beaufort: “Bantuan yang disalurkan ini sangat membantu terutama sekali dalam meringankan beban kewangan lebih-lebih lagi ianya bertembung dengan ibadah puasa,” kata Nur Syafinas James Abdullah, 48.

Nur Syafinas merupakan antara 125 asnaf yang menerima bantuan Bahagian Zakat Fitrah, Majlis Ugama Islam (MUIS) menerusi Program ‘Back To School’ Daerah Beaufort di sini semalam.

Katanya yang berasal dari Kampung Paung berkata, sesi persekolahan 2024/2025 yang akan bermula Isnin ini selain ibadah puasa yang bertembung banyak memberi cabaran buat keluarganya.

Ibu kepada empat anak itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas bantuan tersebut di kala dirinya serta suami berusaha untuk membuat persiapan kepada dua anaknya yang masih bersekolah, ditambah dengan persiapan Ramadan.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada MUIS, bantuan zakat ini betul-betul ringankan beban kewangan sebabkan sudahlah bulan puasa perlukan duit, budak di asrama lagi jadi banyak tanggungan kami.

“Tapi alhamdulillah, ini pertama kali saya dapat zakat memang bagus dan sangat membantu sebab sekarang harga barang semua pun mahal.

“Harap-harap bantuan zakat ini diteruskan untuk tolong lebih ramai orang-orang yang susah yang kurang mampu,” katanya.

Saudara baharu itu hadir pada program itu bagi menemani anak ketiganya, Willona Natasha Hairon, 7, sambil menggendong anak bongsu, Ardani Arfa Qayyum Sazali, 2, membeli kelengkapan sekolah.

“Saya beli tiga beg sekolah dan dua sepasang kasut untuk Willona dan abang-abangnya, baju sekolah tidak beli sebab sekolah sudah bagi bantuan baju,” katanya.

Kelegaan sama turut dikongsi seorang datuk, Masli Bauk, 69, yang menanggung keperluan sekolah cucu sulungnya, Mohd Farizwan Izwan, 13, yang akan memasuki Tingkatan 1 di SMK Membakut, Isnin ini.

“Ibu bapa Farizwan bekerja hari ni, jadi sayalah yang membawanya untuk membeli beg, dua pasang baju sekolah dan sepasang kasut sekolah.

“Ini kali pertama terima zakat..memang sangat membantu sebab harga barang-barang sekolah sudah naik, syukur dan terima kasih banyak kepada MUIS,” katanya.

Hadir sama dalam program berkenaan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif dan Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular