HomeUtamaKupon letak kereta tamat tahun lalu disambung sehingga Jun depan

Kupon letak kereta tamat tahun lalu disambung sehingga Jun depan

Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Kupon letak kereta yang telah tamat tempoh pada tahun lalu akan disambung semula sehingga 30 Jun depan.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengguna boleh terus menggunakan dan mempamerkan kupon berkenaan sehingga tarikh yang telah ditetapkan.

“Kelonggaran ini dilaksanakan adalah untuk membantu mengurangkan beban pengguna ruang letak kereta di seluruh kawasan di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

“Pengguna juga dinasihatkan untuk mempamerkan kupon harian atau bulanan yang betul dan sah setiap kali menggunakan ruang letak kereta,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Bahagian Pengurusan Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn Bhd di talian 088-270181/182 atau Hotline WhatsApp 010-56208856.

Sabin berkata, orang awam juga boleh mengunjungi terus pejabat kami di KK Plaza, Lot 1.49 to 1.54, Tingkat 1, Jalan Lapan Belas, Kota Kinabalu, Sabah. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular