HomeUtamaSistem pembayaran letak kereta secara digital dijangka dilaksana tahun ini

Sistem pembayaran letak kereta secara digital dijangka dilaksana tahun ini

Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Sistem pembayaran tempat letak kereta secara digital dijangka akan dilaksanakan di semua bidang kuasa Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, langkah itu adalah bagi menggantikan sistem kupon yang sedang dilaksanakan pada masa ini.

Bagaimanapun katanya, sistem pembayaran secara digital itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kontrak syarikat pengendali tempat letak kereta sekarang tamat pada Oktober depan.

“Pada masa sekarang, DBKK sedang meneliti semua cadangan-cadangan atau kertas kerja dari syarikat-syarikat yang ingin melaksanakan sistem pembayaran tempat letak kereta secara digital di Kota Kinabalu.

“Jadi kita berharap dalam tempoh terdekat ini kita dapat membuat pilihan syarikat yang memberikan dari segi kos, analisis dan faedah yang terbaik kepada DBKK untuk melaksanakan sistem ini di Kota Kinabalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Sijil Menduduki (OC) kepada Kondominium 1Jesselton di ibu pejabat DBKK di sini semalam.

Sabin berkata, sehingga kini sebanyak lebih 10 buah syarikat telah memohon bagi mengendalikan sistem itu.

Katanya, pihaknya kini juga sedang meneliti semua cadangan daripada syarikat yang telah menyatakan minat untuk melaksanakan inisiatif ini dan telah berada di peringkat akhir untuk pemilihan syarikat.

“Kami akan melaksanakan sistem ini selewat-lewatnya tahun ini selepas kontrak dengan syarikat pengendali tempat letak kereta sekarang tamat pada Oktober depan, tetapi saya tidak dapat memberikan tarikh tepat untuknya buat masa ini.

“Sekiranya ada keadaan yang membolehkan kami melaksanakan pelan ini lebih awal tanpa sebarang halangan undang-undang, maka kami akan lakukan,” katanya.

Sabin pada Januari lalu selepas dilantik sebagai Datuk Bandar berkata, keperluan untuk menaik taraf sistem kupon sekarang kepada digital adalah bagi memodenkan sistem tempat letak kereta di Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Utama

FCDO  jamin teliti permintaan Sabah tarik semula larangan perjalanan ke Pantai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular