HomeIsu tempatanMasjid dan surau di DUN Pitas terima sumbangan, imarahkan bulan Ramadan

Masjid dan surau di DUN Pitas terima sumbangan, imarahkan bulan Ramadan

Read Time:1 Minute, 32 Second

Pitas: Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pitas menyumbang sebanyak RM35,000 bagi menyantuni masjid dan surau dalam mengimarahkan sambutan bulan Ramadan.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Dr. Ruddy Awah berkata, selain surau dan masjid, sembilan Pusat Daerah Mengundi (PDM) termasuk Masjid Al Amin turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000.

“Sempena Ramadan ini, kita dengan ikhlas berkongsi apa yang ada demi untuk keselesaan surau dan masjid, RM1,000 kita agihkan kepada setiap 12 masjid dan 23 surau bagi membaik pulih juga menambah peralatan yang diperlukan.

“Selain itu, bagi merancakkan sambutan Ramadan ini, kita juga menyumbang RM1,000 kepada setiap PDM bertujuan meraikan penduduk kampung untuk bersama-sama menjayakan program berbuka puasa.

“Saya akan turut hadir ke setiap PDM bagi menyantuni masyarakat dengan berbuka bersama sekaligus mendengar permasalahan mereka. Kita turut menyumbang RM3,000 bagi menjayakan program membuat dan mengedarkan bubur lambuk kepada masyarakat sekitar daerah Pitas yang akan dibuat di Surau Kg Ranggu pada 22 Mac,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sempena Program Penyerahan Sumbangan Tabung Masjid dan Surau, Sumbangan Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Bubur Lambuk, di Eve Cafe, Dataran Pitas di sini semalam.

Ruddy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas menyeru kepada semua pucuk pimpinannya agar menjadikan perpaduan sebagai tonggak dalam kepimpinan dan mensejahterakan rakyat.

“Sebagai pemimpin di daerah ini, sememangnya kita mahu menyantuni semua agama dan juga suku kaum yang ada, pada saya perpaduan merupakan agenda yang sangat penting bagi membangunkan masyarakat dan merancakkan pembangunan dalam misi kita membawa Pitas keluar dari belenggu kemiskinan.

“Saya sekeras-kerasnya memberi amaran kepada pucuk pimpinan agar sentiasa berlaku adil pada semua kaum bagi mewujudkan perpaduan, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), Mahkamah Anak Negeri serta ketua-ketua jabatan seharusnya memperkuatkan perpaduan demi untuk pembangunan dan juga kesejahteraan di kawasan Pitas ini yang akhirnya diwariskan kepada generasi akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular