HomeUtamaCuaca panas dijangka kekal hingga April

Cuaca panas dijangka kekal hingga April

Read Time:58 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Cuaca panas ketika ini dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Ambun Dindang berkata, dalam tempoh ekuinoks yang menyaksikan jangka masa siang dan malam adalah sama, matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa dalam proses pergerakan dari hemisfera selatan ke hemisfera utara.

Beliau berkata dalam tempoh itu suhu boleh mencecah antara 35 hingga 38 darjah Celsius bergantung kepada kehadiran awan dan hujan pada masa tersebut.

“Selepas 20 Mac kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa termasuk di Malaysia, jadi kita menjangkakan suhu akan kekal tinggi hingga April sebab kedudukan matahari berada di utara garisan Khatulistiwa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Bernama Radio dengan tajuk Hari Meteorologi Sedunia di Wisma Bernama semalam.

Dalam pada itu Ambun berkata bersempena Hari Meteorologi Sedunia pada 23 Mac ini, pihaknya akan mengadakan sambutan itu esok di ibu pejabat MetMalaysia bermula 9 pagi.

Antara pengisian yang dirangka pada esok ialah penyampaian anugerah tokoh meteorologi, audio siar (podcast) bertajuk “Berbicara dengan Langit” selain agihan bubur lambuk kepada petugas MetMalaysia. BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan komited lahirkan belia berilmu, kemahiran, kepemimpinan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular