HomeIsu tempatan27 sekolah di Penampang terima bantuan kasut

27 sekolah di Penampang terima bantuan kasut

Read Time:1 Minute, 4 Second

Penampang : Lebih 200 murid dan pelajar dari 27 buah sekolah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Penampang menerima bantuan kasut sekolah sempena Program ‘Back To School’.

Bantuan yang disasarkan kepada golongan B40 itu disumbangkan Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dengan kerjasama Kelab Belia Revolusi Aktif Kituau (KREATIF).

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang.

Emmie berkata, sumbangan itu adalah bagi membantu meringkan beban ibu bapa pelajar daripada golongan B40 berikutan kos barangan keperluan sekolah yang semakin meningkat.

“PPD Penampang adalah lokasi pertama yang kami bantu dan selepas ini kita akan cuba masuk ke daerah-daerah lain bagi mengenal pasti golongan pelajar yang memerlukan bantuan dengan kerjasama PPD di daerah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan di PPD Penampang di sini kelmarin.

Sementara itu, Pegawai PPD Penampang, Ag Mohd Kadir Ag Kanak menzahirkan ucapan terima kasih atas bantuan yang telah diberikan itu.

“Kita mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan ini, mudah-mudahan dapat membantu para pelajar kita yang amat memerlukan dan kita juga harap agar kerjasama seperti ini akan berterusan di masa-masa akan datang.

“Banyak bantuan-bantuan yang kita usahakan, misalnya untuk mengurangkan bebanan pelajar dari segi perbelanjaan, pembelian pakaian kemudian tambang dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PSI Universiti Oxford, UMS catat sejarah jalin kerjasama dalam penyelidikan pandemik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular