HomeIsu tempatanUMS terima sumbangan lebih RM150,000, laksana pelbagai program

UMS terima sumbangan lebih RM150,000, laksana pelbagai program

Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima lebih RM150,000 sumbangan daripada pelbagai pihak bagi membiayai beberapa program yang dikendalikan universiti itu.

Sumbangan itu diterima pada Majlis Sungkai Perdana UMS 2024 yang turut dihadiri isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah Toh Puan Norlidah RM Jasni.

Majlis yang diadakan di Pusat Islam UMS itu turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor.

Antara sumbangan yang diterima UMS adalah daripada Etiqa Family Takaful Berhad berjumlah RM80,000 bagi tujuan pembangunan koleksi Islamic Corner di Perpustakaan UMS.

Selain itu, UMS turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS).

Turut menyerahkan sumbangan adalah Tabung Haji (TH) berjumlah RM64,000 bagi bantuan pengajian kepada pelajar Program Profesional Huffaz Al-Quran UMS.

Penyerahan sumbangan itu juga sebagai simbolik kepada pelancaran Program Profesional Huffaz Al-Quran UMS.

Sementara itu, seramai 16 pelajar UMS terdiri daripada pelajar tahun satu  dan tahun dua  UMS terpilih sebagai kumpulan ambilan pertama bagi program anjuran Fakulti Pengajian Islam UMS dengan kerjasama Pusat Islam UMS.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah turut mengagihkan agihan zakat kepada 16 penerima, yang terdiri daripada lapan  kakitangan dan lapan pelajar UMS. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular