HomeIsu tempatanJHEWA agih 1,400 pek bubur lambuk

JHEWA agih 1,400 pek bubur lambuk

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) mengagihkan 1,400 pek bubur lambuk sempena bulan Ramadan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, program seumpama itu mampu memupuk semangat berganding bahu dalam melaksanakan aktiviti kebajikan.

Program anjuran JHEWA itu diadakan dengan kerjasama Usahawan Intelek Sabah (SWISE), Adabi dan Stesen Noorndy (Petronas).

“Pada hari ini, sebanyak 1,400 pek bubur lambuk diagihkan kepada golongan sasar iaitu masyarakat setempat, masjid, madrasah, warga Wisma Wanita dan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR).

“Selain sebagai salah satu usaha kebajikan, program ini dapat memupuk kerjasama dan merapatkan hubungan antara agensi kerajaan serta NGO. Saya berharap program ini diperluaskan lagi dengan lebih banyak persatuan dan NGO wanita di Sabah tampil memberi kerjasama di masa akan datang,” katanya.

Beliau ketika ditemui selepas merasmikan Program Ukhuwah Ramadan Agihan Bubur Lambuk di perkarangan Wisma Wanita, di sini semalam.

Dalam program tersebut, sebanyak enam masjid dan satu madrasah menerima agihan bubur lambuk antaranya Masjid Nur Hidayah Taman Keramat, Masjid Jamek Kampung Likas, Masjid Al Kauthar Tanjung Aru, Masjid Al-Falah Kepayan, Masjid Nur Iman dan Madrasah Wakaf Islamiah Sabah.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng, Setiausaha Tetap KPMKR, Maria Chong dan Pengarah JHEWA, Haslina Ismail.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular