HomeUtamaAnggota bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik

Anggota bomba wanita cedera terkena renjatan elektrik

Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba wanita dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas cedera selepas terkena renjatan elektrik semasa cuba memadam api kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Keliangau 2, Menggatal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, seramai 11 anggota dari BBP Lintas dan tujuh dari BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 10.05 pagi.

“Setiba di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah rumah jenis separuh kekal dua tingkat terbakar 100 peratus.

“Turut terbakar sebuah Bengkel persendirian jenis tidak kekal terbakar 100 peratus dan tiga buah kenderaan iaitu dua buah pacuan empat roda jenis
Nissan Frontier dan Toyota Hilux terbakar 100 peratus manakala sebuah Perodua Kancil terbakar 50 peratus.

“Bagaimanapun, terdapat seorang anggota wanita daripada BBP Lintas cedera terkena renjatan elektrik dan telah dihantar ke hospital menggunakan Jentera EMRS,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa dikenali sebagai Samantha Echa Sigah, 36, dilaporkan kini berada di Hospital Queen Ellizabeth ll dan berada dalam keadaan stabil atas pemantauan doktor.

“Operasi ditamatkan pada jam 12.58 tengahari tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Bakal jemaah haji Sabah perlu siapkan diri dari aspek mental, kekuatan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya