HomeUtamaTun Juhar mahu DUN Sabah pinda beberapa peraturan tetap tidak sesuai

Tun Juhar mahu DUN Sabah pinda beberapa peraturan tetap tidak sesuai

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meminda beberapa peraturan tetap yang sudah tidak sesuai.

Speaker DUN Sabah Datuk Sri Kadzim M Yahya berkata,  kajian semula perlu dibuat sebelum pindaan dilaksanakan terhadap peraturan yang tidak bersesuaian.

“Persidangan DUN Sabah akan bermula pada 22 April sehingga 25 April nanti.  Tujuan kita membuat hormat kepada Tun Juhar adalah untuk mempersilakan Tun menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Kelima dan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Penggal Keenam Belas pada 18hb April nanti.

“Tun Juhar bersetuju untuk hadir dan menasihatkan agar pindaan dibuat terhadap beberapa  peraturan tetap yang sudah tidak sesuai. Sebagai seorang yang pernah menjadi Speaker, Tun Juhar tahu juga mana-mana yang peraturan yang tidak bersesuaian dan perlu dikaji semula sebelum dibuat pindaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Speaker  DUN Sabah Datuk Yong We Kong dan Brigader Jeneral Datuk Al Hambra Juhar.

Kadzim berkata, pihaknya kini dalam peringkat kajian untuk meminda mana-mana peraturan tetap yang tidak bersesuaian dengan keadaan dan juga untuk penyelarasan dengan negeri lain dan parlimen.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan Badan Dakwah Daerah Kecil Tungku, Jabatan hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah yang diketuai oleh Momen Mukmin Anghal@ Anchai.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular