HomeSukanSukma 2024 : Sabah masih kekalkan sasaran 40 pingat emas

Sukma 2024 : Sabah masih kekalkan sasaran 40 pingat emas

Read Time:1 Minute, 13 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen Sabah masih mengekalkan sasaran 40 pingat meas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadualkan berlangsung di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, sasaran itu dikekalkan sama seperti sasaran edisi di Kuala Lumpur meskipun Sabah hanya berjaya meraih 30 emas,29 perak dan 39 gangsa.

“Sasaran kita masih 40 pingat emas, dari segi latihan bukan sahaja tahun ini kita mulakan tetapi dari tahun lalu sudah kita mula latihan.

“Dari segi sukan pula, kita akan sertai semua 36 daripada 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada SUKMA Sarawak kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan geran persatuan sukan negeri Sabah 2024 dan penyampaian insentif kemenangan sukan 2023 di sini semalam.

Ellron berkata, pada masa ini seramai 1,152 orang atlet telah disenarai panjang namun hanya antara 500 hingga 600 atlet sahaja akan dipilih untuk senarai akhir.

“Jumlah atlet lbih kurang antara 1,1152 orang dan kita akan memilih antara 500 hingga 600 orang untuk senarai akhir yang dijangka dimuktamad Julai nanti bagi mewakili Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai fasiliti sukan di negeri ini, Ellron berkata, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung kerosakan fasiliti pusat latihan seperti kompleks sukan.

“Saya rasa tidak ada aduan setakat ini berhubung kemudahan tempat latihan, ini kerana ada yang berlatih ditempat sendiri dan sebahagian kompleks sedang dan akan dinaik taraf tertakluk kepada kemampuan kewangan,” katanya. –  SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Sukan

Kejohanan Piala SMJ uji kekuatan Sabah FC

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya