HomeUtamaCuaca Panas : Kota Belud daerah terbaharu berada pada tahap berjaga-jaga

Cuaca Panas : Kota Belud daerah terbaharu berada pada tahap berjaga-jaga

Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Daerah Kota Belud menjadi antara kawasan terbaharu di negeri ini yang dikategorikan berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga berikutan cuaca panas yang melanda negara pada masa ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat 26 kawasan lain turut direkodkan berada di tahap satu atau tahap berjaga-jaga dengan suhu maksimum harian sehingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Kawasan tersebut melibatkan Kedah (Pulau Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling); Perak (Kampar, Kuala Kangsar dan Kinta) dan Timur Laut di Pulau Pinang.

Selain itu, Johor (Muar, Segamat dan Batu Pahat); Selangor (Kuala Selangor dan Sepang); Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh); Negeri Sembilan (Seremban, Tampin, Rembau dan Jelebu); Alor Gajah, Melaka dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berada di tahap berjaga-jaga yang direkodkan setakat jam 4.30 petang tadi.

“Selain itu, dua lagi kawasan berada pada Tahap Dua (Gelombang Haba) iaitu di (Pokok Sena) Kedah dan Perlis dengan ramalan suhu boleh mencecah sehingga 40 darjah Celcius,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/.  – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Potensi limau bali di Sabah perlu terus diterokai petani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular