HomeUtamaKPDN Sabah rekod nilai rampasan lebih RM1.9 juta sejak Januari

KPDN Sabah rekod nilai rampasan lebih RM1.9 juta sejak Januari

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah berjaya merekodkan sebanyak 242 kes dengan nilai rampasan berjumlah lebih RM1.9 juta bermula 1 Januari hingga 20 Mac lalu.

Pengarah KPDN Sabah Georgie Abas berkata, jumlah itu adalah hasil peneriksaan ke atas  12,888 premis perniagaan di seluruh Sabah.

“Bagi tempoh itu juga sejumlah RM26,200 nilai kompaun berjaya dikutip atas pelbagai kesalahan di bawah akta-akta yang dikuat kuasakan KPDN.

“Selain itu, KPDN Sabah turut menjalankan pemeriksaan ke atas 475 gerai bazar Ramadan yang bermula 12 Mac lalu sehingga 20 Mac di seluruh negeri.

“Daripada jumlah tersebut, seorang peniaga bazar Ramadan telah didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 kerana menggunakan bagi tujuan perdagangan alat timbang yang telah tamat tempoh sah penentusahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Georgie berkata, seorang lagi telah gagal meletakkkan tanda harga, label atau tag yang menunjukkan harga tunai ke atas kuih muih yang dipamerkan untuk jualan. 

Katanya, kedua-dua peniaga tersebut telah ditawarkan kompaun (Kompaun On The Spot) dan telah dijelaskan.

“KPDN ingin mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan amalan perniagaan beretika serta tidak mengambil kesempatan dengan mengaut keuntungan yang berlebihan.

“Selain itu, KPDN juga ingin menasihat para pengguna supaya tidak menularkan sebarang salah laku peniaga di media sosial tetapi melaporkan terus kepada KPDN untuk dijalankan pemeriksaan sewajarnya,” katanya.

Beliau menambah, sebarang aduan awam boleh dibuat kepada mana-mana cawangan KPDN berdekatan atau melalui platform aduan yang disediakan. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sabah

RELATED ARTICLES
Utama

Saya serahkan kepada pihak berwajib – Hajiji

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular