HomePolitikMesyuarat peringkat cawangan Gagasan Rakyat mulai 1 Jun ini

Mesyuarat peringkat cawangan Gagasan Rakyat mulai 1 Jun ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU: Mesyuarat peringkat cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan bermula 1 Jun hingga 30 Julai 2024, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Mohamed Razali Mohamed Razi (gambar).

Katanya, mesyuarat peringkat bahagian parti itu akan diadakan mulai 17 Ogos hingga 30 September 2024.

Beliau berkata, Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2024 Gagasan Rakyat dijadualkan pada 9 dan 10 November 2024.

“Gagasan Rakyat kini mempunyai sebanyak 74 bahagian seluruh Sabah termasuk satu bahagian di Wilayah Persekutuan Labuan dan semua cawangan perlu mengadakan mesyuarat pada tarikh yang telah ditetapkan.

“Perkara ini telah diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat pada 17 Mac 2024 yang dipengerusikan oleh Presiden parti, Datuk Seri Hajiji Noor “, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Razali berkata, MT juga meminta agar bahagian-bahagian menggerakkan program menambah ahli parti termasuk pergerakan wanita, pemuda dan beliawanis.

“Memandangkan sambutan dan sokongan rakyat pelbagai kaum negeri ini terhadap Gagasan Rakyat terus meningkat, justeru bahagian-bahagian perlu menggiatkan program menambah ahli-ahli baharu”, katanya.

Beliau berkata, MT Gagasan Rakyat juga mahu semua bahagian memantapkan lagi jentera parti sebagai kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurutnya, walaupun tempoh Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus hanya akan berakhir pada September 2025, namun persiapan awal jentera pilihan raya bahagian perlu sentiasa dimantapkan.

Katanya, MT Gagasan Rakyat juga mahu kepimpinan parti itu di peringkat bahagian dan akar umbi menjalin persefahaman dan hubungan yang erat bersama para pemimpin dan ahli-ahli rakan-rakan parti dalam komponen GRS-PH Plus.

“Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli-ahli Gagasan Rakyat bersama parti komponen GRS-PH Plus perlu dimantap dan dipadukan untuk kebaikan kerajaan dan rakyat”, jelasnya.

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : SDB agresif dalam usaha struktur, pulihkan hutang lapuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya