HomeUtamaMUTIARA GRS serah sumbangan kepada 29 KIR mangsa kebakaran

MUTIARA GRS serah sumbangan kepada 29 KIR mangsa kebakaran

Read Time:1 Minute, 25 Second

Bongawan: Seramai 29 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa bencana kebakaran Kampung Laut di sini menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah  (MUTIARA GRS).

Sumbangan sempena Program Amal Kebajikan itu disampaikan Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS di perkarangan Surau Kampung Laut pada Rabu.

Setiap KIR menerima sumbangan RM200 selain sumbangan peribadi daripada Juliah.

Juliah dan rombongan MUTIARA GRS turut melawat dan meninjau tapak kebakaran dengan diiringi oleh Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bongawan, Yusoff Terki.

Dalam kejadian yang berlaku pada 4 Mac 2024 lalu, sebanyak 12 buah rumah musnah dalam kebakaran, melibatkan seramai 29 KIR dan membabitkan 97 orang mangsa.

Pada 6 Mac 2024 lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Agama turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM35,000 daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) kepada mangsa kebakaran Kampung Laut.

Sementara itu, Juliah bersama rombongan MUTIARA GRS turut melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Bongawan di Taman Bongawan Ria, yang kini mempunyai seramai 26 kanak-kanak berumur diantara lima tahun hingga 23 tahun.

Juliah turut menyerahkan sumbangan daripada MUTIARA GRS sebanyak RM1,000 kepada Pengerusi PPDK Bongawan, Normah Mammad, selain menyantuni anak-anak istimewa di pusat itu.

Turut hadir Naib Yang Di-Pertua II MUTIARA GRS, Datin Seri Linda Ewit yang juga Pengerusi Biro Kebajikan, Pengerusi Biro Agama MUTIARA GRS, Datin Lenny Natasha Tan Sri Musa.

Ahli-ahli MUTIARA GRS yang hadir terdiri daripada Datin Sri’ Asiah Udian, Datin Doreen Asiah Azlan@Philip, Datin Nurul Ililiyana@ Doris Joprit dan isteri Ahli Parlimen Kimanis, Datin Dr.Rohamini@ Rumani Sibin.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama penjawat awam penting, pacu pembangunan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular