HomeIsu tempatanMaritim Malaysia tahan tiga bot nelayan, tangkap ikan kurang dua batu nautika

Maritim Malaysia tahan tiga bot nelayan, tangkap ikan kurang dua batu nautika

Read Time:1 Minute, 48 Second

Tawau : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menahan tiga buah bot nelayan tempatan yang menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari dua batu nautika dari daratan dalam tiga tangkapan berasingan kelmarin.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, dalam operasi yang dijalankan pihaknya berjaya mengesan sebuah bot nelayan sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Merotai pagi kelmarin.

Katanya, hasil pemeriksaan lanjut mendapati tiga lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur di antara 29 hingga 39 tahun berada di atas bot tersebut dan didapati melakukan kesalahan menarik pukat pada jarak 1.5 batu nautika dari daratan.

“Sementara itu di lokasi berasingan, dua lagi bot nelayan juga ditahan dan diperiksa oleh kapal peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Ops Sejahtera dan Ops Khas Pagar Laut.

“Kedua-dua bot nelayan tersebut ditahan di sekitar 1.8 batu nautika tenggara Kg.Batu Payung pada pukul 2.55 petang hingga 3.15 petang.

“Pemeriksaan dokumentasi ke atas kedua-dua bot terbabit mendapati tujuh awak-awak lelaki pemegang pasport warga Indonesia berumur lingkungan 29 hingga 58 tahun disyaki melakukan kesalahan menjalankan aktiviti menarik pukat kurang dua batu nautika dari daratan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Shahrizan berkata, ketiga-tiga juragan, bot serta muatan hasil laut tersebut seterusnya ditahan seterusnya dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana telah menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang dari 2 batu nautika dari daratan.

Katanya, semua barangan termasuk bot nelayan,pukat dan muatan hasil laut disita dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah hampir RM300,000.

Shahrizan dalam pada itu menjelaskan, pihaknya akan terus memberi perhatian kepada kes-kes melibatkan nelayan tempatan yang cuba melanggar syarat sah lesen dengan mengambil kesempatan menarik pukat kurang dari jarak yang dibenarkan.

Beliau turut mengharapkan kerjasama dari pengusaha bot nelayan dan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan perikanan yang telah ditetapkan di negeri ini.

“Orang ramai turut diminta membantu pihak Maritim Malaysia dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah atau aktiviti mencurigakan di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau MERS 999,” katanya. –SABAH MEDIA / FOTO Maritim Malaysia

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung meriahkan Hari Raya Mutiara UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular