HomeIsu tempatanSOSHF-Home beri kemudahan kepada pesakit jantung terima rawatan

SOSHF-Home beri kemudahan kepada pesakit jantung terima rawatan

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu : Rumah Transit Persatuan Tabung Pesakit Jantung Sabah (SOSHF-Home) dijangka akan mula beroperasi Julai ini.

Presidennya, Datuk Eva Susau berkata, rumah transit tersebut dapat meringankan beban pesakit terutamanya yang datang dari luar kawasan Kota Kinabalu.

“Rumah transit yang terletak berdekatan dengan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) ini boleh menampung lebih kurang 20 penghuni dalam satu masa.

“Diharapkan dengan adanya rumah transit ini dapat membantu dari segi kemudahan penginapan bagi pesakit dari luar kawasan Kota Kinabalu yang datang untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu di sini semalam.

Eva berkata, buat masa ini, rumah tersebut masih lagi dalam proses pengubahsuaian bagi memastikan ianya selesa untuk didiami.

“Kami berharap agar lebih banyak dana dapat dikumpul untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Eva turut memaklumkan setakat ini, persatuan berkenaan telah menghantar seramai 723 pesakit untuk menjalani pembedahan jantung sejak ditubuhkan pada 1981.

Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas Anggota Skuad 69 Polis DiRaja Malaysia, Gastan Sabah dan rombongan.

Selain memperkenalkan persatuan yang telah wujud di Sabah sejak 2011, kunjungan tersebut juga bertujuan untuk berbincang mengenai beberapa aktiviti mencari dana persatuan berkenaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

UMS, Yun Fook Resources laksana penyelidikan nutrisi murid sekolah di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular