HomeUtamaPersidangan Wanita Antarabangsa 2024 berlangsung pada 14-15 Ogos ini

Persidangan Wanita Antarabangsa 2024 berlangsung pada 14-15 Ogos ini

Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU: Semua pemimpin wanita yang berpotensi diseru untuk menyertai Persidangan Wanita Antarabangsa 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 14-15 Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, persidangan ini disediakan untuk memberi manfaat komuniti wanita tempatan di Sabah.

“Ia merupakan satu lagi platform untuk wanita membincangkan topik pembangunan peribadi, kesihatan dan kesejahteraan, gaya kepimpinan, pemerkasaan ekonomi, dan isu lain yang berkaitan dalam era teknologi dan pendigitalan yang mencabar hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, rombongan SWEPA yang diketuai oleh presidennya Karen Wong membuat kunjungan hormat ke atas Menteri Pelancongan pada Khamis, beliau berkata ia akan menjadi pengalaman pembelajaran, perkongsian dan rangkaian yang hebat untuk eksekutif wanita dan peranan mereka dalam pengurusan, ahli perniagaan, usahawan, dan profesional serta untuk pegawai kerajaan.

Dalam kunjungan itu, Karen menyampaikan jemputan kepada Christina untuk merasmikan acara tersebut.

Sehubungan dengan itu, Christina memberi jaminan bahawa kementeriannya akan menyokong persidangan yang bakal diadakan itu kerana ia adalah salah satu acara MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan & Pameran) yang disediakan untuk tahun 2024.

Lebih 500 peserta daripada semua lapisan masyarakat akan hadir ke persidangan berkenaan.

Sementara itu, presiden terdahulu SWEPA merangkap Pengerusi Penganjur Sitti B. Damsal berkata persidangan itu akan berkisar kepada tiga tema – Memperkasakan Pemimpin Wanita, Memecah Halangan dan Membentuk Masa Depan.

Katanya, objektifnya menjurus ke arah pembangunan profesional, membina rangkaian dan perkongsian, dan pertukaran budaya, antara bidang lain yang menjadi perhatian.

“Kami sedang dalam proses mencari rakan kongsi strategik dan penaja. Pelancaran projek akan berlangsung pada Mei, diikuti dengan aktiviti pemasaran dan promosi,” kata Sitti sambil menambah bahawa
antara penceramahnya adalah dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, India, Amerika Syarikat dan Australia.

Turut hadir Naib Presiden SWEPA Ophelia Domingo, Bendahari Jenny Lee, Ahli Jawatankuasa Jennifer Ho, Penasihat Undang-undang Melanie Tann, dan Emmie Luhiman dari Sekretariat persatuan itu.

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular