HomeUtamaKimanis, Sepanggar catat IPU tidak sihat

Kimanis, Sepanggar catat IPU tidak sihat

Read Time:30 Second

Kota Kinabalu : Dua lokasi di Sabah mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat sejak pagi tadi dipercayai berpunca daripada aktiviti pembakaran terbuka di beberapa kawasan.

IPU tertinggi dicatat di kawasan Kimanis iaitu 158 dan Sepanggar (Politeknik Kota Kinabalu dengan bacaan 153.

Selain itu, beberapa kawasan lain seperti Kota Kinabalu yang mencatat bacaan 72, Tawau (52) dan Labuan (61) dikategorikan sebagai sederhana.

Manakala bagi Keningau, bacaan IPU dikategorikan sebagai baik iaitu dengan bacaan 49 dan Sandakan 47 setakat jam 12 tengah hari tadi.

Kebakaran terbuka membabitkan kawasan lalang, belukar dan hutan dikenal pasti antara punca peningkatan bacaan udara. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular