HomeUtamaTiga daerah terima lori kaunter bergerak, MUIS Prihatin

Tiga daerah terima lori kaunter bergerak, MUIS Prihatin

Read Time:1 Minute, 9 Second

Kota Kinabalu : Enam buah lori masing-masing tiga kaunter bergerak dan tiga lori Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Prihatin diserahkan kepada tiga daerah di negeri ini di sini semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, kenderaan itu akan digunakan bagi tujuan aktiviti kaunter bergerak MUIS selain kegiatan lain khususnya bencana dan sebagainya.

Katanya, tiga daerah itu adalah di Kota Kinabalu; Tawau dan Sandakan.

“Hari ini (semalam) MUIS menyerahkan enam buah kenderaan bergerak untuk kemudahan di tiga bahagian.  Untuk permulaan ini akan diserahkan di Kota Kinabalu yang diterima Datuk Bandar Kota Kinabalu.

“Kemudian di Tawau sebanyak dua dan Sandakan dua melibatkan masing-masing satu kaunter begerak dan lori MUIS Prihatin yang akan digunakan untuk aktiviti kempen MUIS selain bencana dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pengerusi-pengerusi badan dakwah seluruh daerah negeri Sabah dan majlis penyerahan kaunter bergerak serta lori MUIS prihatin kepada daerah Kota Kinabalu, Tawau Dan Sandakan di sini semalam.

Hadir sama Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Arifin berkata, pihaknya berharap kenderaan bergerak itu akan dapat memberi manfaat kepada masyarakat sekitar khususnya di kawasan terlibat.

“Lori ini pada tahun lalu sudah ada dan hari ini kita agih-agihkan kepada bahagian terlibat.  Kita juga akan nilai selepas ini, InsyaAllah sekiranya ada keperluan dibahagian lain kita akan sediakan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

JENDELA : Sabah harap 60 peratus menara telekomunikasi siap dipasang hujung...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular