HomeIsu tempatanProses naik taraf daerah kecil Sook masih dalam fasa penentuan sempadan

Proses naik taraf daerah kecil Sook masih dalam fasa penentuan sempadan

Read Time:56 Second

Keningau : Proses menaik taraf daerah kecil Sook kepada daerah penuh masih dalam fasa penentuan sempadan yang membabitkan daerah Tongod, Nabawan, Tambunan dan Keningau.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ia termasuklah mendapatkan persetujuan wakil-wakil rakyat yang mewakili daerah-daerah terbabit mengenai persempadanan.

“Saya difahamkan, kita hanya menunggu surat-surat mereka, pada dasarnya mereka sudah bersetuju dan menyokong daerah penuh Sook ini  agar dapat dipercepatkan pewartaannya,” katanya.

Beliau berkaya demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama-sama pemimpin masyarakat Daerah Kecil Sook, warga pendidik serta pelajar Pra-Universiti SMK Sook dan Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sook di sini kelmarin.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, persempadanan daerah ini penting untuk menentukan segala urusan, permohonan dan projek pembangunan yang  bakal dilaksanakan tidak bertindih antara satu daerah dengan daerah yang lain.

Terdahulu, pada pada majlis itu, seramai 15 penerima daripada kalangan pelajar yang kurang berkemampuan menerima bantuan keperluan asas bernilai RM 150 setiap satu.

Hadir sama Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Johari@ Jaibet Sabin, Pengetua Sekolah SMK Sook, Pancratius Primus, warga pendidik dan Yang Dipertua PIBG Amzan Jahidin.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya