HomeUtamaMUTIARA GRS teruskan program amal

MUTIARA GRS teruskan program amal

Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan
Rakyat Sabah (MUTIARA GRS) diminta untuk meneruskan semua program amal dan
kemasyarakatan yang telah memberi banyak manfaat kepada rakyat terutama berkaitan
sosial, ekonomi dan kesihatan, pada tahun ini.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS, Datin Seri Juliah Salag, berkata beliau berasa bangga dengan kejayaan keseluruhan program yang dilaksanakan MUTIARA GRS sepanjang lebih dua tahun ini.

Beliau berkata kejayaan itu adalah berkat kerjasama padu antara semua ahli MUTIARA
GRS.

“Saya percaya kita boleh melakukan yang lebih baik jika terus bersatu untuk mencapai
semua yang telah kita rancangkan. Saya ingin melihat kerjasama ini dapat diteruskan
bagi menepati matlamat penubuhan MUTIARA GRS yang murni.

“Seperti tahun-tahun sebelum ini, MUTIARA GRS banyak mengadakan kerjasama
dengan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) yang
lain bagi melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat kepada rakyat, khususnya
wanita.

“Oleh itu, saya berharap usahasama dengan organisasi atau persatuan harus
dipertingkatkan bagi meluaskan lagi capaian matlamat MUTIARA GRS,” katanya ketika
merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MUTIARA GRS Ketiga 2023 di Rumah
MUTIARA GRS di sini, pada Sabtu.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa semua ahli MUTIARA GRS untuk
meningkatkan lagi aktiviti dan bantuan di peringkat akar umbi yang boleh memberikan
manfaat kepada golongan yang memerlukannya.

“Saya percaya melalui usaha turun padang, ahli-ahli MUTIARA GRS dapat menyelami
sendiri kehidupan rakyat di kampung khususnya di luar bandar dan pedalaman,
termasuk mengetahui masalah yang mereka hadapi.

“Ini penting kerana Kerajaan Negeri GRS akan mengadakan pilihan raya pada tahun
depan. Justeru, kita perlu merancakkan lagi aktiviti bagi melengkapkan usaha suami kita
dalam membantu rakyat di kawasan masing-masing. Gunakan rangkaian penyokong
kita sepenuhnya untuk membantu seramai mungkin orang yang memerlukan bantuan,”
katanya.

Sementara itu, Juliah juga menggesa semua ahli-ahli MUTIARA GRS meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran terutama berkaitan teknologi maklumat.

“Sebagai wanita, Ibu atau suri rumah, ia bukan penghalang untuk kita terus menuntut
ilmu, keluar dari ruang selesa untuk perkembangan minda serta manfaat kepada diri
sendiri,” katanya.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular